Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan
masyarakat di Negara kita pada masa kini seperti yang didakwa oleh banyak pihak
. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri
yang menyebabkan mereka tidak menhiraukan perkara lain . Pada pendapat
mereka,perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk
mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan
semata-mata.Oleh itu,mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak
mempedulikan sambutan hari kebangsaan,contohnya anggota masyarakat kita tidak
mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan Negara
dijalankan.Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat dapat ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang
boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotic dalam kalangan
masyarakat di Negara kita.Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses
pemupukan semangat patriotic dari banku sekolah lagi .Perkara ini
membolehkan semangat patriotic sebati dalam diri pelajar seperti kata
peribahasa Melayu,”melentur buluh,
biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotic dapat dipupuk sejak
kecil, sudah tentulah semangat patriotic akan terus diamalkan dan dikekalkan
hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kerana kita dapat
melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan Negara dan tidak melakukan
perkara-perkara yang akan memburukkan nama Negara .
Cara lain yang boleh dijalankan
adalah dengan menbuat pengubahsuaian dan
menberikan penekaan tentang aspek semangat patriotic ini dalam kurikulum di
sekolah dan di institut pengajian tinggi . Sekiranya perkara ini dilakukan
, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotikkerana aspek
tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu . Dengan perkataan lain,
perkara iru akan dipelajari secara formal di dalam kelas,diuji dalam
peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian . Oleh hal yang
demikian, semangat patriotic itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid
hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka d
institusi pengajian tinggi . Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar -besaran melalui media massa . Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotic dalam kalangan masyarakat di Negara kita. Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia , di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyirkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu, media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “ Bukit kepong”,”Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan Negara.
Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab
pula perlulah menjalankan aktiviti yang
bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotic dalam
kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh
dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti
seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung
perlulah digalakkan. Di samping itu,
Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang
semangat patriotik dengan menjemput tokoh=tokoh akedemik daripada pelbagai
bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuankan semangat kebangsaan suatu
masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semngat patriotik
malahan dapat mengeratkan parpaduan antara kaum di Negara kita .Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin Negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat
Blackjack | Casino Slot Games | Casino Slot Games
ReplyDeleteFree 1x bet blackjack is a 양방 배팅 game that uses random numbers and max88 probabilities to give you a chance to win real money and 라스 벳 prizes. 포커카드 Blackjack has a high volatility so you can make